Friday, August 30, 2013

Nak bawak semua boleh ?

Assalamualaikum and hyee !!

Memandangkan bulan 9 ni, musim adik adik baru nak enroll for degree/dip/etc. tetibe teringat, dulu2 masa saya mula2 nak enroll for  foundation, time nak packing barang tu,macam *eh nak bawak ape ni* , rasa macam semua penting, sampaikan bakul kecik, segala anak2 teddy bear, surat2 kengkawan zaman sekolah, kad raya yang kawan2 bagi, haha semua saya angkut letak dalam begMasa tu , ya Allah, banyak nya barang nak kena bawak. 

Oh ye, saya sekarang ni, dah tahun 3, in teasl, kat uia J . dulu, UIA ada bagi checklist yang kita kena bawak khas contoh kain sarong putih untuk taaruf week/minggu orientasi.  Tapi barang2 lain kena lah buat checklist sendiri, memandangkan saya tak pernah duk asrama, mulalah terasa semua barang penting. *kalau boleh satu bilik nak hangkut * haha !!

Last last bila dah duk hostel,ada 1 beg barang yang memang tak pernah guna and keluarkan dari beg pon! Haha!!  Beg yang membawa muatan lebih ni, dah pon selamat di hantar pulang ke rumah *kene bebel*

ada jugak kes yang, setiap kali lepas bercuti kat rumah,bawak barang sikit sikit tanpa sedar, bila abis sem nak kemas barang, *eh, bila pulak aku bawa benda ni * haha ! *selalu mcm ni


So, rasanya perlu untuk saya menolong adik-adik sekalian dari terjebak dalam kes yang sama mcm saya ni..  so, here we go!! these are things that I think should be in your lists 

Untuk kegunaan mandi/basuh baju/etc
  •  As usual, baldi, / bakul letak baju kotor,tempat letak toiletries, bakul sampah **
  •  pengepit/hanger baju( hanger tu memang kite bawak banyak giler, haha  tu pon xcukup )
  •  towel 2helai (senang nak tukar+basuh )
  •  Selipar toilet
  •  Kain batik
  •  Sabun/shampoo & etc (haha! Yang ni memang semua ingat)

Untuk kegunaan dalam Bilik/etc
  •  Al-quran,sejadah,telekung
  • bed sheets , selimut, bantal *ni semua kita bawak dua, sebab nak tukar2,senang nak basuh
  • pinggan/mangkuk /sudu ,pisau and mug
  • Iron
  • Jarum&benang
  • tikar/carpet/rug yang bersaiz mini , **
  • freshener untuk dalam locker *kalau rasa perlu
  • plug adapter /extension
  • penyapu&etc (yang ni kalau duk bilik reramai, share2 je)**
  • kettle
  • minyak angin/cap kapak/etc
  • payung **
  • padlock (penting tau !! )



and yang memang takkan terkeluar list , sewajibnya MAKANAN !!!! haha, yang ni memasing tau la ape yang korang suka makan kan 

Rasa- rasanya, ini jela kot yang saya rasa basic needs yang korang perluu bawak. Oh ye yang bertanda  ** tu, maksud dia korang boleh beli kat tempat korang nnt, shopping ngan kengkawan/family kan.  

Eh, jap jap jap.,tetibe saya rasa macam banyak je lagi yang takde dalam list tu, nanti kalau yang baca2 entry ni, notice ada benda penting that should be in the list, drop your comment je, nnt saya edit masukkan dalam list tu 

Setakat ini, saya rasa tu dah cukup, tapi2 kalau ada yang nak tambah, share2 tauu, yang korang rasa penting .

So, all the best peeps!! Mogamoga, list ni dapat me ‘reduce’’ kan kuantiti beg kalian. Please enjoy your orientation week and life as a university student !! 

ni barang saya masa foundation dulu kala-2010 !
ni pon ada dua beg yang dah diangkut. haha melampau !!
*sorry, gambar,amek guna fon cikai  je :)

Thursday, August 29, 2013

Gambar yang mcm mana tu ?

Assalamualaikum, and hyee ! ! how are you doing everybodeh ??

Hari ini, masa tengah tengah godek gambar kat lappy ni, either gambar baru or gambar lama, baru saya sedar , most of pictures taken by me, gambar candid and gambar suasana satu2 tempat.  Tak kiralah gambar orang tu mulut ternganga ke, mata terpejam ke, tangan bergerak ke, dan tersangatlah sikit gambar manusia yang sedar saya sedang mengambil gambar.
 Bila pergi ke satu tempat yang best, atau event2 ape2 jela, saya akan ambil gambar view tempat tu, ape yang ada tempat tu, and suasana tempat tu. Contoh, kalau pergi zoo, saya akan snap gambar  haiwan haiwan kat situ. tapi adalah jugak gambar saya dalam tu, tipulah kalau takde, nanti nak tunjuk kat anak cucu kita nanti *eh cu, nenek dah pernah pegi situ tau.. * Cuma ratio dia, kalau 10 gambar scenery, 2 gambar saya, atau lebih adil, 10 gambar scenery, 10 gambar reramai, incl kita dalam tu. Haha !!

Saya rasa, kenapa saya suka ambil gambar without people realize yang saya tengah snap gambar diorang sebab, Ia akan tunjukkan keadaan sebenar yang berlaku at that time, the real moment. Contohnya kalau time tu happening sangat, then mesti everyone punya faces like, waaaaa ! happy gile, then bila kita snap gambar moment tu, bila tengok balik, somehow kita boleh recall, owh time tu kitorang tengah main geletek geletek *contohlaaa. Ni kalau dah announce *eh eh saya nak ambik gambar ni * then masing2 ambik angle best diorang and ada yang senyumlah, buat mulut muncung2 la * haha and etc * , tak Nampak la kan, time tu tgh happy ke, tengah emo ke kan. tapi kan, saya  main snap je apa2 yang saya nampak macam interesting kan,, lagipon sekarang ni bukan pakai filem, kena budget2 nak ambik gambar kan. ambik bebanyakk, then yang mana tak jadi tu delete ! Haaa ! 

jemput menikmati hidangan mata untuk hari ini :)
sydney *newcastle* haa, ni antara gambar yang saya ambik
sbb berminat dengan burung comel kat belakang tu.

melbourne - ni saya captured sbb macamm, waaaa tram dia bestlaa !

sydney - my aunt was feeding the kangaroo. 

PCB kelantan - ni time roomate dtg kelantan, 

raya 2013- haaa, ni time semua dalam keadaan sedar

raya 2013- ni ada yang separa sedar :)
saya rasa, some of the pictures taken by me must have reasons why i snapped them at the first place. 



Haa ! ni saya punya perspective tau, awak awak punya perspective saya tak tahu, mungkin berbeza,mungkin sama. 
Okee peeps !! enjoy reading 

Sunday, August 25, 2013

CELCOM 1 MALAYSIA.

haah ?celcom ape ? celcom 1malaysia. 1malaysia ape ? CELCOM 1 
MALAYSIA.!!

 assalamualaikum peeps !!

sekarang ni banyak sangat plan plan internet yang sedang berebutrebut mintak di beli. apa kaitan dengan celcom 1 malaysia nya ?? haaa ! ni nak cerita ni. dalam bebanyak plan, this is the plan that i think the cheapest one! nak tahu kenapa ? sebab I ni jenis yang suka kol and cakap lelama, and skg pon dunia dah demand, ape ape pon orang pakai whatsapp la, we chatla, nak skype la, kakao talk and macam2 lah! kalau sebut kat sini kang, jenuh pulak nak menaipnya ha! so disebabkan demand demand sebegitulah, yang membuatkan saya rasa internet ni dah jadi satu keperluan dah. I dah pakai celcom broadband, masa buat broadband dulu taun 2009, sy pakai yang youth punya package, rm50 for 5gb,  but disebabkan saya ni bukan jenis kaki download and tengok youtube, so i think macam mine is unlimited. haaa! so, skrg ni rasa perlu untuk phone pulak, yela wifi is not everywhere kan, so memula tu terpikir lah nak convert to bills, dalam tengah tengah mencari, haaa ! keluarlaa plan 1malaysia ni.
 then usha punya usha

call :

Celcom-celcom : 38sen 10min (1sen)
Celcom-rangkaian lain : 38sen 5minit (msg 5sen )

tu oke lagi, yang paling penting

INTERNET RM25/1MONTH. haa !! murah tak ? murah tak ? MURAH !!!
setakat ni, yang ni yang saya kira paling worth la untuk pelajar macam saya ni nak guna just untuk whatsapp la ape segala bagai tu ha.
andd yangpaling penting, ini adalah PREPAID, BUKAN POSTPAID. makna nya, kalau kita tak mau subscribe internet bulan depan atas sebab2 kekurangan duit ke (masalah biasa akhir akhir sem ) pon takda masalah ! just topup mcm biasa untuk buat kol and sms je. so, kita tak terikat everymonth kena bayar. yang ni tak payah. ikut kita lah nak guna internet selang sebulan ke, 2 bulan sekali ke, ikot budget memasing kan. saya setakat ni, everymonth duk subscribe,
 
 contoh simpack celcom 1Malaysia
feedback saya sbgai pengguna celcom 1 malaysia setakat ni, mcm waaaaa worth gila kannn. cuma cuma cuma,, yang kol 38sen tu, katakanlah ada kengkawan kita yang suka off fon, tak kisahlah sebab merajuk dengan gf/bf ke ape ke kan, dia tetap affect kita kot ! haaa ! affect kredit kita lah, even nak bercakap 1minit, dia tolak 38sen , saya kalau kol orang masuk voicemail, saat tu rasa macam haaaaaaaa pempahamlah kan. tapi selalunya saya call lebih 3minit. so mengikut pengiraan secara kasar, kalau kita pakai pakej yang biasa, 1min-15sen, 2min dah jadi 30 sen. so kalau kol tu 3minit ke atas, dah save kredit dah. tapi tulah jejaga lah takut time kita kol tu masuk voicemail ! hahaha
setakat ni, saya lah, saya tau, jarang guna sgt kredit, sbb ape2 just whatsapp, atau kalau tak penting sgt, pm fb ke, tweet ke, atau we chat ke. so save la sikit . tapi kalau duk kat kampus yang wifi is everywhere tu, tak payah lah subscribe internet kan. haaa ! pilihan di tangan kita. we choose 


cukup tak info tu ? cukup tak ?haa, rasa nak brenti kat sini sekarang jugak haa. hehe. eh lupa, harga simpack dia, ada mcm2 rate harga, ada yang jual rm70, rm75, pandai pandai cari la kalau nak yang murah. so have a nice day peeps !! :) choose the best.

Saturday, August 17, 2013

Jodoh ? ape tu ?

Pelajar : Ustaz, apa itu JODOH??
Ustaz : JODOH itu ialah lelaki@perempuan yang sah menjadi pasangan hidup kita selepas akad pernikahan sahaja. Bukan kepada couple-couple.
Pelajar : JODOH perlu dicari atau tunggu sahaja??
Ustaz : JODOH ini macam REZEKI. Walaupun ALLAH TAALA dah tetapkan, kita perlu mencari ia dengan bekalan doa dan usaha.


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa...

-someone posted this on I09 ONLINE 

Friday, August 16, 2013

Random

True friends are those who give you the correct advice even if it is bitter. - Mufti Ismail Menk

Manusia ada pelbagai ragam. Ada yang suka dipuji, ada yang marah jika dipuji, ada yang tak suka mendengar nasihat, ada yang suka kepada nasihat, ada yang ‘don’t give a fish’ pun. kita yang mana satu? well !! as far as I concerned, I love when people give advices to me. I feel like, they love me, that s why they care about what I do.  Fitrah manusia, kita nak orang sayangkan kita,kita gembira jika kita tahu orang sayangkan kita, orang duk puji kita. Kita selalu salah tafsir erti sayang, sayang yang sebenar benarnya. Tak salah jikalau sahabat kita tegur kita bila kita buat salah, because,people make mistakes. Jangan cepat melatah, kamu mahu sahabat kamu jujur, setia, jadi kita mesti terima hakikat yang diri kita tak semuanya elok, manusia, banyak salah pelakuannya, tak sempurna. Jangan peduli  akan ego kita jikalau sahabat kita menegur perbuatan kita, sesungguhnya, ingat, mereka sayangkan kamu. Observe diri kita, perbaiki diri kita, dan bersyukurlah, kerana Allah memberi kita peluang mengenali insan yang ikhlas bersahabat dengan kita. Walaupon pahit, itulah hakikat.  Yang menjadi sahabat, tegurlah dengan berhemah, lembutlah dalam bertutur, bersabarlah dalam menyampaikan, ikhlas dalam memberi, sesungguhnya bukan mudah untuk yang dinasihati menerima, sampai masa, fahamlah ia.


‘’Qulil haqqo walau kaana murron’’…Katakanlah kebenaran waluapun pahit adanya.




Thursday, August 15, 2013

Two in one

Assalamualaikum and hye !!

To be informed, this blog is gonna be conducted by two authors which are Suhaariff and Simanamazi. we glad to share our opinions, stories, and ideas in one blog/this blog because we wanna show u how people with different interests, different opinions, can be so 'soul sisters', if we are accepting each other's weaknesses and welcoming each other's strengths.
Above all, enjoy reading and leave a comment if you want to know something or share something

Tuesday, August 13, 2013

:)

L:AWAK-AWAK…Kita suka awak..

P:Tapi awak~ kita kan masih bersekolah~


L:Alaa. Xpe wak, nnt kita samesame belajar sampai ke menara gading ye wak, nnt masa tu kita kawen ye awak


P:Okeee awakk..


L:Soo sekarang ni kite declare ye ?


P:Hehe(malumalu) emmm yelah !


L:Spm~ awakawak, sy apat 9a’s . awak ?


P:saya pon same .


L:Nnt awak nak apply ape, sy nak jd doktor, nnt kalau awak sakit , saya boleh rawat awak.


P:Okee , sy nak jadi guru, nnt saya boleh didik anak anak kite




L:Saya~usm doktor


P:Awak~maktab perguruan~guru


L:awakAWAK, kenapa awak jarang mesej saya


P:saya malas la! Asyek2 awak tanya benda yang sama ! sya bosanlah !


L:awak.. kenapa awak berubah sampai macam tu skalii~ kita kan da janji bila kita da berjaya kita nak kawen~


P:alah awak ~tu janji kita bersama , tapi JANJI KITA DENGAN ALLAH ?L:ape maksud awak ??


P:xde papela awak , saya harap  awak takkan ganggu saya lagi !


L::awak ! saya sayangkan awak !


P:tapi saya x !


6tahun berlalu~Saya dipostkan di hospital tengku ampuan Rahimah Nurse:  *doktor2, cepat ade sorang patient ni pengsan di wad kecemasan


L:Mane patient tu nurse?


Nurse:Di katil no.4 zon kritikal doktor


L: Awak !!!!!!kenapa dengan awak ????

P:Awak!!........., saya minta maaf sbb xbgtau awak awal2. 6tahun lpas sy disahkan mengidap barah perut, dan setelah saya jalani kimoterapi , Alhamulillah sy boleh capai cita-cita sy untuk menjadi seorg guru~


L:Awak !! kenapa awak xbagitau saya ~ kita kan dah janji nak susah senang bersama~


P:Sebab sy tanak awak terganggu masa belajar dan saya nak awak capai cita2 awak ntuk menjadi seorang doktor dan MERAWAT SAYA ~ dan saya yakin itu~





 L:Awakkkkk !!!P:ALLAHUAKHBAR~


L:awakkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!!! INNALILLAHIWAINNAHIRAJI’UN!                   

                       
TAMAT
~p/s :hak cipta terpelihara
p/s :tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati