Sunday, April 19, 2015

a story about an Unpaid trainee teacher

Assalamualaikum world!!



It would be wonderful, if teaching is only about you guys 

Just have a little space for me to have this short update.

Currently am in my week 10 of being an unpaid trainee teacher
Yes am doing my teaching practice somewhere in Selangor.

So first of all,
First day before lapor diri, memang excited tu Ya Allah.. Finally dapat jugak rasa the real world of teaching..
And hari pertama lapor diri tu, kami dibenarkan balik awal sbb yelah dah jumpa dengan pentadbir and all, dan kami dapat sesi petang (yeayyy!! Boleh tido)

So esoknya datang ke sekolah macam biasa pkol 12,30 and pergi jumpa penyelia petang and got our timetable. So masa dapat timetable tu excited tau tak! Yelah nak jumpa dengan my very first students ever in my life!  Then I Masuk lah kelas yang first, masalah I kan I macam tak tahu heyy nak buat muka macam mana, ape yang I nak buat, I nak jadi teacher yang macam mana ni nak bagi students suka, I start la tringat balik zaman dedulu, cikgu jenis macam mana yang I nak jadi kan. And tiba lah masuk kelas yang first tu, ya Allah masa bebudak tu bagi salam, I rasa awkward sangattt yang tetibe I boleh tersenyum and buat muka sbb tak tahu nak react macam mana

So untuk first class ni I start dengan Ice breaking dulu and bagi I punya Rules which a typical rule kan. And I mmg first first tak bagi muka sangat kat diorang sbb hmm nak bagi dorang takut dulu kan..

Then go my 2nd day and 3rd days and then go my 4th week and yes. I managed to find myself, my own of being an ideal teacher. My students form 1 kecik lagi kottt, rasa mcm alahaiiii kecik lagi I nak marahmarah kan. So i just proceed macam biasa

Jadi cikgu ni what i can notice, I paling pantang bila plajar yang kurang pandai kenaa ejek dengan kengkawan dia! Yes because I was not born dengan iq yang tinggi kan. So I tahu ape these students would feel. Ade jugak students yang datang dekat I cakap tak minum air ais lagi hari ni, takde duit, and yes, I cried. I have learned a lot, a lot from my students..

Finally I managed to find myself as a teacher which I rasa comfortable lagi nak mengajar, and they like it. Memula tu what I did is, I asked my students to write things that they like and they dont like about me. And from that I improvise myself. I started to learn how to touch their soft part and build trust.

After  2 months, now, I gained their trust, and I started to love them, like seriously I love them. The feeling rasa lain. Rasa motivated nak pergi sekolah bila teringat budak budak tu. Tapi bila ingat kerja yang melambak as a teacher, yes jadi cikgu ni bukan about teaching je eh, bukan macam zaman dulu dulu,  cikgu sekarang keje kadang kadang  hari seminggu. Frankly, sejak jadi unpaid trainee teacher, I dont really have time for myself, kerja  6 hari seminggu. And am exhausted. And now I know how a teacher actually feels, we sacrifice our time, to educate the students, our future generation.
Kadang kadang saya mengeluh, kadang kadang rasa nak give up on teaching, tapi tahu tak, bila masuk kelas tengok muka the students, Allah, I feel so relieved, rasa lega rasa tersenyum sorang sorang. They are my theraphy. My happy pills. Rasa lega sangat, tak tahu macam mana nak describe.

Terima kasih, Alhamdulillah ya Allah kerana beri aku peluang untuk merasai RASA ini, merasai kasih sayang anak anak ini. Berada dalam dunia perguruan.

I have another 5 weeks to go before I could say goodbye to degree in Tesl


Next post : a letter to my students

A quick update

Assalamualaikum
Okay people I CAN see that my very last update was pretty months ago. I am sorry for the no-everyday-update.

So today, just to refresh the page in case you guys forget that this blog has two owners. Because our purpose is, we wanna share to the world, a world of a trainee teacher and her thoughts and a world of a medic student and her thoughts. 


So here we go, we had our official photography together months ago. 

Yeayh the cool english teacher with the coolest future dr.



Thursday, October 23, 2014

Terlupa


Sejak zaman berfb,bertwitter,ber ig, I tend to follow artis artis,blogger yang famous famous, senang kata public figure. Sekarang lagi lah, setiap waktu duk cek ig,tgk update update dari diorang. 
Setiap kali tgk gambar/tweet rasa mcm Seronok nya diorang, beruntungnya diorang, bahagianya diorang, umur muda lagi baru 20 tahun, dah merasa pegang duit 5 angka, boleh buat macam macam, yang kawen muda tak payah cakap, alahai seronok ya, setiap kali tgk tu setiap kali tu rasa mcm, wehhhhh bestnyaa diorang, beruntungnyaa diorangg. Nak macam tu jugak, nak kereta macam tu jugak, nak rumah macam tu jugak, nak handbag macam tu jugak, semua nak. And its not their fault. Its mine

Tetibe malam ni tersentap! Terbaca satu post kat ig pasal ada sorang baby yang perlukan such a big amount of money untuk buat operation. Allah!! Kita asyik duk tgk orang atas, bahagia diorang, gembira diorang, sampai terlupa. Ada insan di bawah, ada insan yang memerlukan, ada insan yang tidak bernasib baik. Allah! Sekali lagi tersentap. Rupanya selama ni, aku sibuk mendaki untuk sampai ke puncak sampai lupa nak pandang ke bawah untuk tengok pendaki yang lain, keadaan mereka, kerana kita sibuk nak berada diatas, sampai terlupa mengapai tangan yang dibawah, sampai lupa ada yang tidak bernasib baik tak boleh mendaki. Sentap, sebab selama ni tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi.  Bersyukur tak bermakna berhenti berusaha. Berusaha untuk sampai di puncak, tapi kena senantiasa pandang di bawah agar kita tidak mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Rezeki , lebih atau kurang kita tak pernah tahu. Sungguh. Terlupa yang dipuncak juga pernah berada/ melalui trek yang kita lalui, cuma cara dia mendaki, cara dia berhadapan dengan kesusahan semasa mendaki, itu berbeza beza. 

I pernah pergi this one rumah anak yatim, a day program dengan diorang. Kecik kecik lagi ha, umur baru 3-5 tahun. Tapi MasyaAllah,mereka diuji disaat mereka sangat perlukan belaian seorang ayah dan ibu, cerita mereka berbeza beza, tapi mereka dibawah satu bumbung. Mereka kuat, mereka kuat mungkin lebih dari kita, mereka sedang diuji. Allah, terlupa aku bahawa , banyak tangan yang perlu digapai untuk bersama sama sampai ke puncak. 

Cerita, rezeki, Allah dah tetapkan. Dia dapat lebih, mungkin dia terkurang tempat lain. Kita terkurang dekat sini, lebih kita di bahagian lain. 

Aku terlalu sibuk untuk  mendaki sampai ke puncak, sehingga terlupa untuk pandang ke bawah. 


One simple thing/moment/person can really change us. It really does. Like an eye opener. 


Tuesday, October 21, 2014

Ups and Downs

Assalamualaikum and hye

Straight forward lagi la hari ni eh.
Bad day, I bet, everyone has experienced/fallen/ a day that we feel so bad. Like really bad, really and really bad. Haaa ! yang rasa down tersungkur, taknak bangun dah, yang rasa nak tidur supaya bangun tu dah tak ingat about this bad thing/experience happened to us. how do you define your bad day? as for me, cukuplah dengan terjadi something depan public/ classmate kita, macam kena marah ke, kena tegur ke ape ke, nak nak kena dengan lecturer, padahal memang ternyata dan jelas lagi salah kita. Tapi sentap dia tu alahaiiiiiii muka rasa macam haa nak describe mcm mana tah.

So how do I overcome this?
Lepas kena tegur/kena marah/kena papelah depan public / my bad day :

  1.       Just walk away and smile, macam eh wak tak kisah pon kena marah. Laaa korang ape kisah, I pon tak kisah tau, dah dah tak payah buat muka simpati sbb I kena marah
  2.     Positive, haa maybe we didn’t give our very best, tak bagi yang paling paling paling baik. Takpe, kata nak belajar kan. Takpe lepas ni mesti diorang semua tak ingat dah.
  3.      Eat a lot, eat and eat and eat
  4.      Call someone yang you feel comfortable to talk with. Macam I, I suka call one of my classmates yang I takdelah rapat sangat, tapi bukan lah tak baik (hah mcm mana tu) alaaa you all mesti ada this one type of friend yang you rasa selesa nak bercakap. Call dia and flashback balik cerita petang tu, then u bagitau kenapa jadi macam tu, kenapa boleh you buat macam tu and etc. believeee me, ur friend mesti calm u down. Mesti dia cakap , alah biasaa la tu and bla blaa, yang youuu akan rasaaa hah!! Legaaa ! at least she represents all your classmates kan. Haha kenkonon.       
  5.       I bila I tengah down, I jarang call my mother sbb mak kot ! mesti dia tahu anak dia tgh down, and I tak nak my mom knows about it. kata dah besar kan, masalah sendiri boleh settle sendiri, dah sendiri yang cari pasal ( small matter mcm case I ni la ye) kalau case lain tu lain cerita. Lepas dah lega baru call, haaa lagi beribu lega dah mcm terbang ke mana ntah perasaan yang down tadi.
  6.      Kena banyak motivate diri, cari wisdom words kat google kan, about success. Believe in ourselves. Process of learning ni, mmg bread and butter la kan kena kena marah/tegur ape semua ni.
  7.     Bukak laptop, buat balik Kerja yang salah/betulkan balik. Give your very best. Ingat macam mana rasa kena marah. So buat Kerja tu balik and enjoy it

Lepas dah overcome semua tu, baru perasan. Allah, selama ni banyak sangat take things for granted. Patutlah kena marah. Buat Kerja memain, tak ikhlas. Comes another feeling, yang mana, rasa macam I have to prove to my …… that I can do it, it just me that have taken it for granted, I just didn’t do my very best before. Ha !!
Hikmah! Everything happens for a reason kan. Setiap yang terjadi mesti ada hikmah nya . I take it as Hikmah nak suruh jadi rajin sikit, nak suruh buat Kerja tu bersungguh sikit, nak buat Kerja buat bebetol, tak payah sekadar, ha buat dah, siap.

Okay lesson learnt ! J

this is my ways of overcoming my bad day, yours might be slightly different, mind to share, sharing is caring kan !

Friday, June 20, 2014

are you ready ?

When are you ready for transforming ?

Assalamualaikum and hye ! so hari ni straight forward je la, bab bab intro ni mmg fail sikit haaa.
Tajuk tu sebenarnya my curiosity.

Transform from :
Zaman remaja ke zaman dewasa ( baca zaman matured)
Dulu masa time kat sekolah menengah, form five tu dah rasa macam oh am old enough , dah boleh make up, pakai handbag, pakai heels, tapi bila pakai, orangorang dewasa (baca mak mak)  cakap, ‘’eh korang ni pakai la bagi Nampak remaja sikit, ni apa pakai macam orang tua ni. ‘’ sentap weh sentap ! haha
Lepas tu sekarang, bila dah nak masuk alam pekerjaan, keluar pakai flat, kengkadang pakai slippers je, handbag pon kengadang tinggal kat rumah je bawak purse , tetibe ‘’ pakai lah kasut tinggi sikit, ni apa pakai flat ni, handbag tu bawak yang tu haa gantung kat tangan tu’’ haaaa ! *yang ni tak pernah kena tapi penah dengar orang kena tegur

Okay sebenarnya bila waktu sesuai nak transform ? ada specific ages ke untuk pakai ape ape. As for me, I just wear something that I am really comfortable with, I rarely follow the trend. Because I just …. I don’t know, but I just don’t follow it.  so sekarang bila ramai yang pakai heels, handbag * kan dah nak masuk dunia bekerjaya* tetibe I pakai flat, handbag pakai yang patchwork tu je, because the feeling, that feeling yang ada masa zaman sekolah menengah dulu dah takda.
I just think, maybe next time I should ask my nieces to wear heels and handbags when they are in their TEENagers, and when it comes to TWENTYagers, they will follow my step. Or else they wont know, pakai heels tu tak best, pakai handbag tu rimas, eh ke I sorang yang rasa camtu. Okay. Now I curios lagi , what will be my fashion or style or my preferable when I enter my THIRTYager.

So that’s all for my merapuness for today, hope to have another merapu ness so that my curiosities will be lessen. Hope to have your opinion or ur two cents maybe it will answer my questions up there.


Thursday, April 10, 2014

PRECIOUS

Nak berjaya bukan mudah, nak berjaya ada bermacam macam cara, tapi mampukah kita bertahan untuk menghadapi yang susah, untuk memilih yang terbaik ? atau hidup kita sekadar, Aku REDHA ? USAHA, tapi selama manakah kita mampu bertahan untuk berusaha sedangkan sebaya dengan kita bersenang lenang, bergembira, bergelak ketawa.
Me my self didn’t perform during my UPSR and PMR, tak da rasa bersalah langsung, takde rasa nak menangis langsung, takda rasa malu langsung, padahal orang sekeliling berlumba-lumba mengira bilangan A. Tapi dalam mengecapi kejayaan, istilah terlambat boleh ditolak tepikan,  kadang kadang, kesedaran datang dikala melihat orang lain berjaya, kadangkala kesedaran timbul disaat kita merasa malu, kadangkala kesedaran muncul dikala kita rebah tersungkur. Tapi masih belum terlambat. Kesedaran yang timbul disaat seminggu sebelum SPM telah banyak mengubah perjalananku, mengubah kehidupan. Ya, besyukurlah kalian yang memang sudah ada kesedaran. Ilmu itu penting, tanpa Ilmu kita dipandang hina, tanpa Ilmu, ape yang diperkatakan oleh kita tidah didengar.
Oleh kerana kesedaran itu jualah, saya berada disini, dunia yang sungguh berbeza dengan dunia sekolah. Disini dimana tarbiyah bermula, disini dimana segala-galanya berubah. Perubahan yang tidak kita sedari, tapi sedikit sedikit mengubah kita, mengubah cara percakapan, mengubah cara bersosial, mengubah cara bergaul, mengubah cara kita seharian. Tujuan utama untuk membawa pulang segulung ijazah, kini telah menjadi yang kedua. Rupanya, berada disini memberikan kita lebih daripada itu. Lebih. Now I realized that, life is more than havingan ijazah. It is more than that. The experiences that we had throughout the THE JOURNEY are precious.

Again, I write something that I cant say. I just can write.


Thursday, April 3, 2014

the feeling



Should I write something about my loved ones here ?
Should I write something that happens in my daily life here ?
Should I write my nonsense opinions here ?
Should I review whatever I used here ?
but, but, again, with the limitations of time, do I have the time to write all the above here ?  Nonstop of assignments,presentations,observations,microteachings just make this life wonderful. Yes at least we have ups and downs to remember. Does life as a student is just to learn about your courses ? I think, ive learnt more than that, I learn on how to share things with others ( which before I don’t really like ) I learn on how to be grateful , I learn how to appreciate time ( which before, I love to waste time doing nothing) I learn on how wonderful life is with amazing friends you have around you.  I learn so many things here. which I bet, I ll never experience this in future.
Time flies fast, really fast. And people changed.  
Ok maaf for this I don’t know what am talking about. It just what I feel.


Thanks everyone J