Tuesday, April 24, 2012

Coretan Si bedah




Andaikata saya masih lagi mempunyai seorang ayah...

tipu kalau saya kata saya tak pernah merindui nya. 
tipu kalau saya kata saya tak pernah dahagakan kasih seorang ayah
tipu kalau saya kata saya tak pernah kisah untuk kehilangan insan yang saya boleh panggil ABAH.

walaubagaimanapun,

saya sangat bersyukur, kerana walaupon saya tiada ayah, tapi saya ada IBU yang sentiasa bersama saya, yang sentiasa menyayangi saya, dialah Ibu, dialah Ayah..

saya sangat bersyukur, walaupon saya tiada ayah, saya tidak kurang kasih sayang dari kedua abang tercinta yang tidak pernah mengecewakan saya, yang tidak pernah membiarkan saya susah..

saya sangat bersyukur, walaupun saya tiada kakak, tapi saya dikurniakan dua orang kakak ipar yang cantik serta baik hati, memahami dan dapat menyayangi saya seperti adik mereka sendiri.

saya sangat bersyukur, walaupun saya tiada adik lelaki mahupun adik perempuan, tapi saya dikurniakan anak sedara 4 orang puteri dan org1 putera yang cantik yang hensem untuk saya bermain dan bermanja..




No comments:

Post a Comment