Thursday, April 10, 2014

PRECIOUS

Nak berjaya bukan mudah, nak berjaya ada bermacam macam cara, tapi mampukah kita bertahan untuk menghadapi yang susah, untuk memilih yang terbaik ? atau hidup kita sekadar, Aku REDHA ? USAHA, tapi selama manakah kita mampu bertahan untuk berusaha sedangkan sebaya dengan kita bersenang lenang, bergembira, bergelak ketawa.
Me my self didn’t perform during my UPSR and PMR, tak da rasa bersalah langsung, takde rasa nak menangis langsung, takda rasa malu langsung, padahal orang sekeliling berlumba-lumba mengira bilangan A. Tapi dalam mengecapi kejayaan, istilah terlambat boleh ditolak tepikan,  kadang kadang, kesedaran datang dikala melihat orang lain berjaya, kadangkala kesedaran timbul disaat kita merasa malu, kadangkala kesedaran muncul dikala kita rebah tersungkur. Tapi masih belum terlambat. Kesedaran yang timbul disaat seminggu sebelum SPM telah banyak mengubah perjalananku, mengubah kehidupan. Ya, besyukurlah kalian yang memang sudah ada kesedaran. Ilmu itu penting, tanpa Ilmu kita dipandang hina, tanpa Ilmu, ape yang diperkatakan oleh kita tidah didengar.
Oleh kerana kesedaran itu jualah, saya berada disini, dunia yang sungguh berbeza dengan dunia sekolah. Disini dimana tarbiyah bermula, disini dimana segala-galanya berubah. Perubahan yang tidak kita sedari, tapi sedikit sedikit mengubah kita, mengubah cara percakapan, mengubah cara bersosial, mengubah cara bergaul, mengubah cara kita seharian. Tujuan utama untuk membawa pulang segulung ijazah, kini telah menjadi yang kedua. Rupanya, berada disini memberikan kita lebih daripada itu. Lebih. Now I realized that, life is more than havingan ijazah. It is more than that. The experiences that we had throughout the THE JOURNEY are precious.

Again, I write something that I cant say. I just can write.


No comments:

Post a Comment