Sejak zaman berfb,bertwitter,ber ig, I tend to follow artis artis,blogger yang famous famous, senang kata public figure. Sekarang lagi lah, setiap waktu duk cek ig,tgk update update dari diorang.
Setiap kali tgk gambar/tweet rasa mcm
Seronok nya diorang, beruntungnya diorang, bahagianya diorang, umur muda
lagi baru 20 tahun, dah merasa pegang duit 5 angka, boleh buat macam macam,
yang kawen muda tak payah cakap, alahai seronok ya, setiap kali tgk tu setiap
kali tu rasa mcm, wehhhhh bestnyaa diorang, beruntungnyaa diorangg. Nak macam
tu jugak, nak kereta macam tu jugak, nak rumah macam tu jugak, nak handbag
macam tu jugak, semua nak. And its not their fault. Its mine
Tetibe malam ni tersentap! Terbaca satu post
kat ig pasal ada sorang baby yang perlukan such a big amount of money untuk
buat operation. Allah!! Kita asyik duk tgk orang atas, bahagia diorang, gembira
diorang, sampai terlupa. Ada insan di bawah, ada insan yang memerlukan, ada
insan yang tidak bernasib baik. Allah! Sekali lagi tersentap. Rupanya selama
ni, aku sibuk mendaki untuk sampai ke puncak sampai lupa nak pandang ke bawah
untuk tengok pendaki yang lain, keadaan mereka, kerana kita sibuk nak berada
diatas, sampai terlupa mengapai tangan yang dibawah, sampai lupa ada yang tidak
bernasib baik tak boleh mendaki. Sentap, sebab selama ni tak bersyukur dengan
nikmat yang Allah dah bagi. Bersyukur tak bermakna berhenti berusaha.
Berusaha untuk sampai di puncak, tapi kena senantiasa pandang di bawah agar
kita tidak mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Rezeki , lebih atau kurang kita
tak pernah tahu. Sungguh. Terlupa yang dipuncak juga pernah berada/ melalui
trek yang kita lalui, cuma cara dia mendaki, cara dia berhadapan dengan
kesusahan semasa mendaki, itu berbeza beza.
I pernah pergi this one rumah anak yatim, a
day program dengan diorang. Kecik kecik lagi ha, umur baru 3-5 tahun. Tapi
MasyaAllah,mereka diuji disaat mereka sangat perlukan belaian seorang ayah dan
ibu, cerita mereka berbeza beza, tapi mereka dibawah satu bumbung. Mereka kuat,
mereka kuat mungkin lebih dari kita, mereka sedang diuji. Allah, terlupa aku
bahawa , banyak tangan yang perlu digapai untuk bersama sama sampai ke
puncak.
Cerita, rezeki, Allah dah tetapkan. Dia
dapat lebih, mungkin dia terkurang tempat lain. Kita terkurang dekat sini,
lebih kita di bahagian lain.
Aku terlalu sibuk untuk mendaki sampai
ke puncak, sehingga terlupa untuk pandang ke bawah.
One simple
thing/moment/person can really change us. It really does. Like an eye
opener.
kita tak akan selalu dapat apa yang kita suka. Tapi, kita boleh suka apa yang kita dapat. Baru happy.. =)
ReplyDeleteSelalu kita dengar...orang cakap pasal nikmat bersyukur..kita kena bersyukur...tapi kadang-kadang tu mesti akan ada satu-satu masa bila keinginan kita mengatasi pemberian yang Allah berikan...manusia, nafsu dan kehendak tu tak dapat dipisahkan...tapi yang patut dibantu tu, bantu la... :)
ReplyDeletesame here. selalu tengok artis2 yang sebaya dapat achievement yang much better dari saya terdetik jugak "kenapa aku tak boleh dapat camtu?". tapi bila tengok pada kawan2 yang mana kurang bernasib baik, baru tersedar balik sebenarnya nikmat yang Allah bagi pada saya ni lebih dari cukup. walaupun belum kerja, tapi saya ni tak pernah berlapar. keperluan semua cukup. alhamdulillah. semua nikmat Allah bagi semua orang sama rata. bersyukur apa adanya.
ReplyDelete